Ramai orang sekarang tengah mencari cara nak tambah duit lebih, terutama bila kos sara hidup makin naik. Ada yang cari kerja sampingan, ada yang buat bisnes kecil-kecilan, dan ada juga yang cuba pelbagai aplikasi untuk dapatkan cashback dan ganjaran. Tapi masalahnya, bukan semua platform boleh dipercayai dan banyak yang sekadar scam.
Kalau ada cara mudah nak dapat duit tanpa modal, kenapa tak cuba kan? Sebenarnya, Maybank ada cara senang untuk anda jana duit tambahan melalui aplikasi MAE dan platform perbankan Maybank2u.
Dari main game hingga peluang menang duit tunai, ada banyak ganjaran menarik menanti. Jom kita bongkar macam mana Anda boleh buat duit dengan Maybank2u dan MAE App Rewards!
1. Main Game Dapat Duit MAE
Maybank kini menawarkan peluang untuk pengguna mendapatkan duit secara percuma melalui aplikasi e-wallet mereka, MAE.
Ada game menarik yang boleh dimainkan dan hasilnya terus masuk ke akaun Anda. Ini langkah-langkahnya:
- Muat turun aplikasi Maybank – Kalau dah ada, pastikan Anda update ke versi terbaru.
- Log masuk ke aplikasi Maybank dan tekan “Say Hello to MAE.”
- Daftar MAE dengan mengisi email, negeri, dan kod jemputan (invitation code). Tekan ‘Confirm.’
- Sampai bahagian ‘Topup MAE,’ Anda boleh skip sahaja, log keluar, dan log masuk semula.
- Sekarang Anda dah boleh main game! Tekan logo game tersebut dan mula kumpul duit dengan memungut coin. Hati-hati dengan bom, dan kalau dapat diamond, akan ada tambahan masa selama 5 saat.
Duit yang Anda menang hasil main game ini akan terus masuk ke akaun bank Anda secara automatik. Best kan? Yang paling penting, ini bukan scam! Maybank yang anjurkan sendiri, jadi boleh main dengan yakin.
2. Menangi Duit Raya RM10,000
Selain main game, Anda juga boleh menang duit dengan menggunakan perbankan dalam talian Maybank2u.
Lebih banyak transaksi yang Anda buat menggunakan FPX Maybank2u, lebih tinggi peluang untuk menang. Ini cara dia:
- Setiap pembayaran menggunakan Maybank2u = 1 penyertaan
- Semakin banyak transaksi, semakin tinggi peluang menang
- Pisahkan pembelian (bayar satu-satu) untuk dapat lebih banyak penyertaan
- Gunakan kod promo atau baucar – walaupun dapat diskaun, transaksi tetap dikira sebagai penyertaan
Hadiah utama? Duit Raya RM10,000 untuk 10 pemenang bertuah! Jadi, kalau selalu shopping online atau bayar bil guna Maybank2u, jangan lepaskan peluang ini. Lagi banyak guna, lagi tinggi peluang menang!
3. Fungsi Lain MAE App
Aplikasi MAE juga ada beberapa fungsi lain yang boleh membantu Anda urus kewangan dan buat duit secara tak langsung:
- Scan & Pay – Boleh guna untuk bayar di kedai-kedai terpilih dan dapat cashback atau ganjaran tertentu.
- Bills Payment – Bayar bil elektrik, air, internet dan lain-lain terus dari aplikasi.
- MAE Tabung – Simpan duit secara automatik dan dapat faedah lebih tinggi dari akaun simpanan biasa.
- Split Bill – Senang nak bahagi bil makan dengan kawan-kawan, tak perlu pening kepala kira manual.
Sekarang dah tahu cara buat duit dengan Maybank2u & app buat duit tanpa modal, tunggu apa lagi? Anda tak perlu keluar modal pun, hanya guna aplikasi dan buat transaksi seperti biasa.
Tak kisah sama ada main game, bayar guna FPX Maybank2u atau manfaatkan fungsi lain dalam MAE, semuanya boleh bagi pulangan yang best.
Jadi, jangan lepaskan peluang ni! Download aplikasi MAE sekarang dan mula jana duit dengan mudah. Siapa tahu, rezeki Anda untuk menang RM10,000 nanti