TikTok semakin menjadi platform utama untuk berkongsi video pendek yang viral. Ramai pencipta kandungan mahu memastikan video mereka masuk ke For You Page (FYP) untuk mendapatkan lebih banyak tontonan, likes, dan followers. Tapi, tak semua orang tahu bila waktu terbaik untuk post di TikTok Malaysia supaya algoritma dapat menaikkan video ke FYP.
Kalau Anda post pada waktu yang salah, kemungkinan besar video tu tenggelam tanpa engagement yang baik. Jadi, penting untuk tahu waktu yang paling sesuai untuk post supaya lebih ramai orang nampak video yang Anda hasilkan.
Saya akan bincangkan secara terperinci waktu terbaik untuk post di TikTok Malaysia, berdasarkan data dan corak penggunaan pengguna tempatan.
Kenapa Waktu Posting TikTok Penting?
Algoritma TikTok berfungsi dengan cara mengesan engagement awal pada sesebuah video. Jika video mendapat interaksi yang baik dalam tempoh 30 hingga 60 minit pertama, peluang untuk masuk FYP lebih tinggi. Maka, memilih waktu yang sesuai untuk post adalah kunci utama!
Selain itu, setiap kumpulan audiens mempunyai tabiat penggunaan TikTok yang berbeza.
Kalau sasaran Anda ialah pelajar universiti, waktu terbaik mungkin berbeza dengan golongan pekerja yang sibuk di siang hari.
Waktu Terbaik Untuk Post di TikTok Malaysia (Mengikut Hari)
Berikut adalah jadual waktu terbaik untuk post di TikTok Malaysia berdasarkan analisis data:
Hari | Waktu Terbaik (Waktu Malaysia) |
---|---|
Isnin | 5.00 AM, 7.00 PM, 9.00 PM |
Selasa | 11.00 AM, 3.00 PM, 5.00 PM, 10.00 PM |
Rabu | 8.00 PM, 9.00 PM |
Khamis | 12.00 PM, 10.00 PM, 1.00 AM |
Jumaat | 8.00 AM, 6.00 PM |
Sabtu | 2.00 AM, 3.00 AM, 12.00 AM |
Ahad | 8.00 AM, 9.00 AM, 8.00 PM, 9.00 PM |
Analisis & Strategi Posting:
- Waktu Pagi (5 AM – 9 AM)
- Sesuai untuk: commuters, pekerja awal pagi, pelajar yang bangun awal.
- Hari yang paling baik: Isnin & Ahad.
- Jenis kandungan: Motivasi pagi, tips ringkas, quick updates.
- Waktu Tengah Hari (11 AM – 3 PM)
- Sesuai untuk: orang yang scroll TikTok masa lunch break.
- Hari yang paling baik: Selasa & Khamis.
- Jenis kandungan: Hiburan ringan, sketsa pendek, video makanan/review tempat makan.
- Waktu Petang (5 PM – 7 PM)
- Sesuai untuk: mereka yang nak relax selepas kerja/sekolah.
- Hari yang paling baik: Selasa, Jumaat.
- Jenis kandungan: Vlog harian, trend viral, video hype.
- Waktu Malam (8 PM – 10 PM)
- Ini waktu prime time!
- Hari yang paling kuat: Rabu, Khamis, Ahad.
- Jenis kandungan: Storytelling, edukasi, video dengan hook kuat.
- Waktu Lewat Malam (12 AM – 3 AM)
- Sesuai untuk: night owls, orang yang suka scroll sebelum tidur.
- Hari yang paling kuat: Khamis, Sabtu.
- Jenis kandungan: ASMR, podcast pendek, deep talk.
Cara Maksimumkan Peluang Masuk FYP
Sekadar post pada waktu yang betul tak cukup. Anda kena optimumkan strategi supaya video lebih mudah dapat engagement awal:
- Gunakan lagu dan trend terkini – TikTok sangat menekankan penggunaan muzik viral. Kalau ada lagu yang tengah trending, gunakan dalam video untuk boost visibility.
- Hook yang kuat dalam 3 saat pertama – TikTok ialah platform fast-paced. Kalau orang scroll tanpa tengok habis, algoritma akan anggap video kurang menarik.
- Pakai hashtag berkaitan – Contoh: #fypmalaysia, #foryou, #viral, #tiktokmalaysia.
- Reply komen dengan video – Ini cara terbaik untuk galakkan engagement tambahan pada video yang dah mula dapat traction.
- Post 30 minit sebelum peak hour – Biar algoritma ada masa untuk boost video sebelum orang ramai aktif.
Kesimpulan
Memilih waktu terbaik untuk post di TikTok Malaysia memang boleh membantu video naik FYP, tetapi strategi kandungan juga memainkan peranan besar. Dari analisis, waktu 8 PM – 10 PM adalah waktu paling sesuai secara keseluruhan. Hari yang paling kuat ialah Khamis dan Ahad, sebab ada lebih banyak slot engagement tinggi.
Kalau Anda nak pastikan video perform dengan baik, cuba eksperimen dengan masa post dan gunakan TikTok Analytics untuk lihat bila followers Anda paling aktif. Semoga panduan ni membantu Anda grow di TikTok.