Pinjaman Wang Berlesen Melayu
Pinjaman Wang Berlesen Melayu

Pinjaman Wang Berlesen Melayu

Posted on

Sekarang ini banyak syarikat pinjaman wang berlesen Melayu yang membolehkan pemohon mohon pinjaman sehingga RM200,000. Selain itu syarikat-syarikat ini menyediakan pelan ansuran dengan kadar faedah tetap dan murah.

Anda sedia maklum, pinjaman wang segera tidak memberi jaminan kepada pemohon sebab peminjam tidak perlu memberi penjamin atau cagaran seperti aset dan sebagainya. Pemohon hanya perlu memberikan maklumat lengkap berkenaan latar belakang pemohon seperti kerjaya, gaji dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Sebenarnya banyak syarikat pinjaman wang segera berlesen yang dimiliki oleh Melayu namun tak tahu macam mana cara bezakan lesen Melayu dan bukan lesen Melayu.

Pinjaman Wang Berlesen vs Along

Apa beza pinjaman Ah Long dengan syarikat pinjaman wang berlesen? Secara ringkas boleh Anda lihat bezanya di bawah ini:

Pinjaman Berlesen

Pinjaman wang berlesen mempunyai maklumat lengkap dan terperinci tidak ada yang di rahsiakan. Kebiasaanya pinjaman wang berlesen sudah berdaftar KPKT.

  • Alamat pejabat, no telefon pejabat, laman web akan diberikan (jelas).
  • Jika pemohon tidak dapat bayar tepat pada masa, rundingan boleh diberikan.
  • Mengenalkan kadar faedah yang lebih munasabah walaupun mungkin lebih tinggi daripada bank.

Selain itu butiran maklumat berikut akan dipaparkan.

  • Nama individu, syarikat atau firma pemberi pinjam wang
  • Alamat berdaftar pemohon lesen
  • Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan
  • Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendaftar
  • Nombor lesen
  • Tarikh sah mula lesen
  • Tarikh sah tamat tempoh lesen
  • Tandatangan Pendaftar/ Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen tersebut

Ah Long (Lintah Darat)

Pinjaman wang dari Ah Long sebaiknya di elakkan sebab akan membuat Anda rugi.

  • Anda biasa cuma akan nampak iklan mereka yang terlekat pada tiang-tiang awam atau dinding kedai orang lain.
  • Biasa akan berkelakuan agresif dengan paksa dan mengancam keselamatan pemohon jika pemohon tidak dapat bayar tepat pada masa.
  • Kadar faedah yang tinggi.

Cara Mohon Pinjaman Wang Berlesen Melayu

Sebenarnya cara mohon pinjaman wang sangat mudah, hanya perlukan beberapa langkah sahaja. Anda boleh mohon pinjaman wang berlesen yang selamat sebab data/maklumat yang Anda berikan dirahsiakan.

Langkah-langkah mohon pinjaman seperti di bawah ini:

  1. Anda boleh mohon pinjaman wang secara online dengan isikan borang permohonan.
  2. Syarikat pemberi pinjaman akan berikan keputusan adakah permohonan Anda diluluskan atau tidak.
  3. Jika diluluskan, pemberi pinjaman akan menghubungi pemohon untuk membuat kontrak dan perjanjian.
  4. Kemudian Anda akan menerima pinjaman tunai atau melalui pemindahan bank.

Senarai Pinjaman Wang Berlesen Melayu

Macam mana cara semak syarikat wang berlesen Melayu? Senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar KPKT dan berlesen Melayu boleh Anda jumpai di laman web https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps

Tips Sebelum Mohon Pinjaman

Anda dinasihatkan untuk selalu berhati-hati sebelum mohon pinjaman, jangan mudah tertipu. Sila baca petua di bawah ini untuk elakkan kena scam/penipuan.

  1. Syarikat pinjaman berlesen dan berdaftar KPKT tidak akan meminta bayaran daripada pemohon dan tidak akan keluarkan apa-apa surat sebelum pinjaman diluluskan.
  2. Tiada bayaran walau apa alasan dari syarikat tersebut. Stamping fee, lawyer dan lain lain bayaran akan dipotong terus dari pinjaman yang lulus. Bermaksud pinjaman yang customer terima tidak akan dapat full (ada sedikit penolakan)
  3. Semak syarikat pinjaman laman web rasmi KPKT sebelum memohon pinjaman.
  4. Untuk yang gaji tunai, tidak ada slip gaji, perniagaan sendiri dan baru bekerja, tidak ada mana-mana syarikat pinjaman yang boleh bagi pinjaman kepada Anda.
  5. Untuk pemohon yang mahukan memohon pinjaman, Anda tidak perlu membayar apa-apa kepada syarikat pinjaman yang menawarkan loan/pinjaman.

Nota: Jangan bayar apa-apa kepada syarikat pinjaman yang berurusan dengan Anda. Secara logiknya, Anda memohon pinjaman adalah kerana tidak cukup wang/tiada wang. Jadi kenapa Anda perlu bayar kepada pemberi pinjam?

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu Anda.