Pada masa ini, institusi kewangan mempunyai dua pinjaman alternatif, iaitu pinjaman konvensional dan pinjaman syariah. Sebenarnya, proses memohon pinjaman wang berlesen Islam relatif sama dengan pinjaman wang konvensional.
Perbezaannya ialah terdapat kaedah pinjaman berdasarkan hukum Islam yang dapat menjadi alternatif bagi Anda yang ingin menerapkan prinsip syariah dalam praktik perbankan.
Pinjaman syariah adalah pinjaman wang dengan sistem pengembalian/bayaran balik dana dan batas waktu sesuai dengan prinsip syariah. Institusi kewangan Syariah, tidak mengenali istilah faedah seperti bank atas pinjaman konvensional. Di bawah ini adalah senarai syarikat pinjaman wang berlesen yang selamat yang mempunyai lesen Islam.
1. Cash-i Muamalat
Cash-i Muamalat merupakan produk pinjaman yang ditawarkan kepada kakitangan sektor awam.
Kelebihan utama pelan pembiayaan Cash-i Muamalat ialah semua kakitangan sektor awam tidak kira yang baru berkhidmat atau mereka yang menyandang jawatan dengan status kontrak boleh mohon pinjaman ini.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan Cash-i Muamalat sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang.
Syarat Kelayakan
Untuk dapatkan pinjaman Cash-i Muamalat Anda perlu sediakan syarat kelayakan di bawah ini.
Syarat Umum
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun hingga 60 tahun (atau tarikh pencen).
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia.
- Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
- Bukan di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.
Kakitangan Kerajaan (Berkhidmat lebih dari 1 tahun)
- Pemohon mestilah Berjawatan tetap.
- Pemohon mestilah mempunyai pendapatan gaji kasar dan elaun tetap lebih dari RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun.
Kakitangan Awam (Berkhidmat kurang dari 1 tahun)
- Pemohon mestilah menyandang jawatan kurang dari 1 tahun.
- Pemohon mestilah mempunyai pendapatan gaji kasar lebih dari RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.
Kakitangan Kerajaan (Kontrak)
- Pemohon mestilah berkhidmat tidak kurang daripada 1 tahun.
- Jawatan Gred 41 ke atas atau untuk Jururawat Gred U29 ke atas.
- Pemohon mestilah mempunyai pendapatan gaji kasar lebih dari RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.
Kakitangan Syarikat Panel
- Pemohon mestilah mempunyai pendapatan lebih dari RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun (gaji kasar dan elaun tetap).
- Pemohon mestilah berjawatan tetap.
- Pemohon mestilah berkhidmat lebih dari 3 tahun di syarikat yang sama.
Dokumen
Apa sahaja dokumen yang mesti ada sebelum mohon pinjaman wang? Berikut adalah senarai dokumen yang mesti disediakan oleh pemohon.
- Pemohon mesti sediakan salinan pengenalan diri (MyKad).
- Pemohon mesti sediakan salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Pemohon mesti sediakan salinan 3 bulan penyata akaun bank kemasukan gaji.
- Pemohon mesti sediakan surat pengesahan jawatan (untuk kakitangan kerajaan).
- Pemohon mesti sediakan borang sokongan pendapatan jika ada.
Cara Mohon
Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank Muamalat terdekat untuk mohon pinjaman Cash-i Muamalat. Sekiranya Anda mahu, Anda boleh mohon pinjaman Cash-i Muamalat secara online. Sila lawati pautan Pinjaman Peribadi Bank Muamalat
2. KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq
KOPUTRI (Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad) Pembiayaan Tawarruq merupakan sebuah pelan pembiayaan peribadi daripada hasil kerjasama yang dijalinkan antara KOPUTRI dan CIMB Bank Berhad.
Pinjaman ini mampu menarik ramai orang untuk mohon pinjaman sebab hanya perlukan syarat yang mudah, selain itu orang yang disenaraihitamkan CCRIS atau CTOS boleh mohon pinjaman ini.
Adakah Anda berminat mohon KOPUTRI Pembiayaan Tawaruq? Berikut senarai syarat kelayakan, dokumen yang perlu sedia ada, caj dan fi yang dikenakan, jadual bayaran bulanan dan cara mohon pinjaman wang secara online tanpa perlu lawati kaunter atau cawangan KOPUTRI.
Syarat Kelayakan
Syarat yang mesti ada sebelum mohon pinjaman KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq.
- Pemohon mestilah berumur 21 hingga 54 tahun.
- Pemohon mestilah berkhidmat di sektor awam sebagai Kakitangan Kerajaan, Kakitangan GLC, atau kakitangan Badan Berkanun.
- Pemohon mestilah berjawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang dari 8 bulan.
- Pemohon mestilah mempunyai pendapatan bulanan (berserta elaun tetap) RM1,800 ke atas.
- Potongan di slip gaji tidak melebihi 60%.
- Senarai hitam (Blacklist) CTOS tidak lebih dari RM5,000.
- Tunggakan di CCRIS termasuk Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA – Special Attention Account) perlu diselesaikan dengan pinjaman ini.
Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang mesti pemohon sediakan.
- Pemohon mesti sediakan 3 salinan kad pengenalan (MyKad) atau kad anggota Polis depan dan belakang.
- Pemohon mesti sediakan 1 bulan penyata gaji asal terkini.
- Pemohon mesti sediakan 3 salinan penyata gaji 3 bulan terkini
- Pemohon mesti sediakan salinan bil utiliti (telefon/elektrik/air) terkini.
- Pemohon mesti sediakan salinan buku simpanan akaun bank CIMB.
- Pemohon mesti sediakan salinan surat pilihan persaraan (jika perlu).
- Penyata penyelesaian awal (jika perlu).
Cara Mohon
Pemohon dapat mohon pinjaman KOPUTRI Pembiayaan Peribadi CIMB dengan melawati Ibu Pejabat Pemasaran KOPUTRI di alamat No.22 & 24, Wisma KOPUTRI, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Atau mohon pinjaman secara online melalui laman web KOPUTRI.
3. KFH Murabahah Personal Financing-i
KFH Murabahah Personal Financing-i adalah skim pembiayaan peribadi Islamik yang tidak bercagar khusus kepada kakitangan syarikat GLC, MNC dan PLC.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sangat tinggi sehingga RM150,000 dengan caj kadar keuntungan yang sangat rendah. Tempoh keputusan lulus pula cuma 3 hari bekerja. Ciri-ciri ini membuatkan pelan pembiayaan KFH ini sangat menarik untuk dimohon.
Syarat Kelayakan
Sila sediakan syarat di bawah ini untuk mohon pinjaman KFH Murabahah Personal Financing-i.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
- Pemohon mestilah bekerja di salah satu kategori syarikat di bawah dan berjawatan tetap: – Syarikat Multinasional (MNC). – Syarikat Tersenarai Awam (PLC). – Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan subsidiari. atau
- Bekerja sendiri
- Pemohon mestilah mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 (gaji kasar) atau tahunan RM36,000 (gaji kasar).
- Pemohon mestilah tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
- Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
- Bukan di bawah selaan AKPK.
Dokumen
Sila sediakan dokumen-dokumen berikut.
Untuk Kerja Makan Gaji
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.
Untuk Kerja Sendiri
- Salinan borang cukai B/e dengan resit pembayaran atau Salinan penyata KWSP (EPF) terkini atau Penyata Kewangan yang diaudit.
- Salinan Borang Pendaftaran Syarikat.
- Salinan penyata Bank Akaun Syarikat 6 bulan terkini.
Cara Mohon
Pemohon boleh mohon KFH Murabahah Personal Financing-i dengan lawati mana-mana cawangan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad atau mohon secara online melalui laman web www.kfh.com.my
4. AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i
Tidak banyak orang yang tahu bahawa AmBank menyediakan perkhidmatan pembiayaan Islamic. AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i merupakan pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar yang ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tetap dan juga tidak tetap. Keputusan permohonan juga sangat pantas, hanya 48 jam hari bekerja.
Syarat Kelayakan
Syarat yang mesti disediakan oleh pemohon.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
- Pemohon mestilah berpendapatan bulanan RM3,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM36,000 ke atas.
- Pemohon mestilah tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
- Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
- Bukan di bawah selaan AKPK.
Dokumen
Senarai dokumen-dokumen anda perlu sediakan untuk memohon pinjaman peribadi ini.
Bergaji Tetap
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salah satu daripada dokumen di bawah: 1 bulan slip gaji terkini, atau Penyata KWSP terkini, atau Borang BE dengan resit bayaran cukai, atau Borang EA terkini.
Gaji Tak Tetap (komisen dan overtime)
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan 3 bulan slip gaji terkini.
- Salinan 6 bulan penyata bank terkini.
- Salinan penyata KWSP terkini.
- Borang B/BE dengan resit bayaran cukai.
- Borang EA terkini.
Penerima Komisen penuh
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan 6 bulan penyata komisen.
- Salinan 6 bulan penyata bank terkini.
- Borang B/BE dengan resit bayaran cukai.
Bekerja Sendiri
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
- Salinan penyata bank syarikat 6 bulan terkini.
- Salinan Borang B dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Salinan penyata KWSP terkini.
Cara Mohon
Anda boleh memohon pinjaman peribadi AmBank AmMoneyLine Facility-i dengan lawati mana-mana cawangan AmBank terdekat. Atau mohon pinjaman secara online melalui pautan www.ambankgroup.com
Salah satu kelebihan pinjaman berlesen Islam adalah bahawa ia terbukti halal dan tanpa riba. Ini berguna bagi orang yang tidak mahu meminjam modal dari bank konvensional, jadi syarikat pinjaman wang berlesen Islam adalah alternatif terbaik.