Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar KPKT
Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar KPKT

Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar KPKT

Posted on

Macam mana saya hendak tahu samada sesebuah syarikat itu mempunyai lesen sah sebagai Pemberi Pinjam Wang/ Kredit Komuniti atau tidak? Penting bagi pemohon mengetahui status syarikat pinjaman adakah syarikat tersebut berlesen/berdaftar atau tidak, hal ini untuk mengelakkan Anda kena penipuan.

Anda boleh buat semakan syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar melalui laman web KPKT.

Kami akan kongsikan langkah-langkah cara semak syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar di KPKT.

Butir-butir yang akan ditunjukkan pada lesen berdaftar KPKT.

  • Nama individu, syarikat atau firma pemberi pinjam wang
  • Alamat berdaftar pemohon lesen
  • Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan
  • Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendaftar
  • Nombor lesen
  • Tarikh sah mula lesen
  • Tarikh sah tamat tempoh lesen
  • Tandatangan Pendaftar/ Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen tersebut

Semak Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar KPKT

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Layari laman web rasmi KPKT https://emaps.kpkt.gov.my
  2. Masukkan nama syarikat yang ingin Anda semak, Anda dapat masukkan satu huruf/abjad misal huruf C lalu tekan butang cari.
  3. No daftar organisasi (jangan diisi sekiranya Anda tidak tahu).
  4. Negeri, sila pilih negeri terdekat dengan Anda.
  5. Tekan butang cari.
  6. Maklumat syarikat yang Anda cari akan dipaparkan, klik pada nama organisasi untuk melihat butiran terperinci.

Petua Mohon Pinjaman

Anda dinasihatkan untuk selalu berhati-hati sebelum memohon pinjaman, jangan mudah tertipu. Berikut adalah senarai petua yang mesti Anda ketahui.

  1. Syarikat pinjaman yang betul-betul berlesen dan berdaftar dibawah KPKT tidak akan meminta bayaran daripada pemohon dan tidak akan keluarkan apa-apa surat sebelum pinjaman diluluskan.
  2. Tiada bayaran walau apa alasan dari syarikat tersebut. Stamping fee, lawyer dan lain lain bayaran akan dipotong terus dari pinjaman yang lulus. Bermaksud pinjaman yang customer terima tidak akan dapat full (ada sedikit penolakan)
  3. Semak syarikat pinjaman laman web rasmi KPKT sebelum memohon pinjaman.
  4. Bagi yang gaji cash, tiada payslip, bisnes sendiri dan baru bekerja, tiada mana-mana syarikat pinjaman yang boleh bagi pinjaman kepada Anda.
  5. Bagi pemohon yang ingin memohon pinjaman, Anda tidak perlu membayar apa-apa kepada syarikat pinjaman yang menawarkan loan/pinjaman.

Kesimpulannya, jangan bayar apa-apa kepada syarikat pinjaman yang berurusan dengan Anda. Secara logiknya, Anda memohon pinjaman adalah kerana tidak cukup duit/tiada duit. Jadi kenapa perlu bayar kepada pemberi pinjam? Fikir sebelum bertindak.

Baca juga cara dapatkan pinjaman wang segera 24 jam online.

Berhati hati dalam berurusan secara atas talian. RM0 untuk memohon pinjaman. Tiada bayaran diperlukan, Anda tidak perlu keluarkan duit untuk memohon pinjaman.