Pinjaman Wang Berlesen Yang Boleh Dipercayai
Pinjaman Wang Berlesen Yang Boleh Dipercayai

Pinjaman Wang Berlesen Yang Boleh Dipercayai

Posted on

Ramai korang yang perlukan pinjaman wang segera untuk kecemasan atau untuk membantu memulakan bisnes/perniagaan. Memang sekarang ini banyak dijumpai syarikat pinjaman wang segera yang memberikan kemudahan pinjaman wang, namun adakah Anda tahu bahawa syarikat tersebut boleh dipercayai dan mempunyai lesen?

Kami akan kongsikan senarai pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai yang dahulunya dikenali sebagai syarikat Pemberi Pinjaman Wang (PPW) atau sekarang dikenali sebagai syarikat Pinjaman Berlesen. Pinjaman dan pembiayaan yang kami senaraikan merupakan syarikat pinjaman wang berlesen yang dapat dipercayai oleh rakyat Malaysia. Syarikat-syarikat ini telah berdaftar dan berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sekiranya Anda tidak diluluskan memohon pinjaman kepada koperasi atau bank, senarai syarikat ini boleh menjadi alternatif untuk mendapatkan pembiayaan/pinjaman.

Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Yang Boleh Dipercayai

Yang perlu Anda ketahui iaitu setiap syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai akan menawarkan skim pinjaman yang lebih menarik daripada koperasi/bank.

Selain itu untuk memohon pinjaman ini, pemohon hanya perlukan syarat kelayakan yang tidak begitu ketat.

Kelebihan syarikat pinjaman berlesen berdaftar KPKT ini, membolehkan pemohon yang mempunyai rekod tidak baik di laporan CCRIS atau CTOS untuk memohon pinjaman.

1. KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

CIMB Bank dan KOPUTRI menjalin kerjasama untuk menawarkan pembiayaan/pinjaman Islamik tak bercagar kepada pejawat awam. Pemohon tidak memerlukan penjamin untuk memohon pinjaman ini.

Kelayakan

Jika Anda memerlukan pinjaman dan Anda berminat untuk mohon pinjaman ini, berikut ialah senarai syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KOPUTRI.

  • Pemohon berumur 21 hingga 54 tahun.
  • Pemohon berkhidmat di sektor awam sebagai Kakitangan Kerajaan, Kakitangan GLC, atau kakitangan Badan Berkanun.
  • Pemohon berjawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang dari 8 bulan.
  • Pemohon berpendapatan bulanan (berserta elaun tetap) RM1,800 ke atas.
  • Potongan di slip gaji tidak melebihi 60%.
  • Senarai hitam (Blacklist) CTOS tidak lebih dari RM5,000.
  • Tunggakan di CCRIS termasuk Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA – Special Attention Account) perlu diselesaikan dengan pinjaman ini.

Dokumen

Apa sahaja dokumen yang sedia ada untuk mohon pinjaman ini? Berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu Anda sediakan.

  1. Pemohon perlu sediakan 3 salinan kad pengenalan (MyKad) atau kad anggota Polis depan dan belakang
  2. Pemohon perlu sediakan 1 bulan penyata gaji asal terkini.
  3. Pemohon perlu sediakan 3 salinan penyata gaji 3 bulan terkini
  4. Pemohon perlu sediakan salinan bil utiliti (telefon/elektrik/air) terkini.
  5. Pemohon perlu sediakan salinan buku simpanan akaun bank CIMB.
  6. Pemohon perlu sediakan salinan surat pilihan persaraan (optional)
  7. Pemohon perlu sediakan penyata penyelesaian awal (optional).

Cara Mohon Pinjaman

Macam mana cara mohon pinjaman KOPUTRI? Anda boleh mohon pinjaman ini dengan lawati cawangan KOPUTRI di alamat No.22 & 24, Wisma KOPUTRI, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Atau melalui laman web https://koputri.com.my/pembiayaan-tawarruq

2. KOBETA Speed-i

Skim pinjaman KOBETA Speed-i merupakan syarikat pinjaman peribadi Islamik yang tidak bercagar. Anda tidak perlu meyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon skim pinjaman ini.

Pinjaman ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan dan kakitangan badan berkanun.

Kelayakan

Sekiranya Anda mahukan mohon pinjaman kepada KOBETA Speed-i, berikut ialah senarai syarat kelayakan yang perlu sediakan.

  • Pemohon mestilah berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Pemohon mestilah bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan, GLC atau Badan Berkanun.
  • Pemohon mestilah bekerja lebih dari 6 bulan.
  • Pemohon mestilah berjawatan tetap.
  • Pemohon mestilah berpendapatan bulanan berserta Elaun RM1,500 ke atas atau pendapatan tahunan berserta elaun RM18,000 ke atas.
  • Potongan di slip gaji tidak melebihi 50% atau 60%.
  • Pemohon mestilah tidak disenaraihitamkan (Blacklist) di rekod CTOS oleh mana-mana Institusi Kewangan (Bank/Koperasi/Pemberi Pinjaman Wang Berlesen) di Malaysia.

Dokumen

Sekiranya anda layak untuk memohon berdasarkan syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memohon KOBETA Speed-i.

  1. Pemohon mesti sediakan salinan MyKad
  2. Pemohon mesti sediakan salinan slip gaji 3 bulan terkini
  3. Pemohon mesti sediakan bil utiliti
  4. Penyata penyelesaian (overlap mana-mana Bank/Koperasi) jika ada.

Cara Mohon Pinjaman

Anda boleh mohon pinjaman secara online melalui laman web https://www.kobeta.com.my atau lawati cawangan KOBETA terdekat untuk mendapatkan borang permohonan.

3. AEON iCash Personal Financing

AEON iCash Personal Financing adalah skim pembiayan peribadi yang disediakan oleh AEON Credit Service (M) Berhad. Pinjaman AEON iCash merupakan syarikat pinjaman peribadi tak bercagar yang paling popular di Malaysia.

Ramai korang yang tidak tahu bahawa AEON iCash adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya. Pinjaman AEON ini adalah berlandaskan konsep Bai Al-Inah yang juga digunakan oleh kebanyakan pelan pembiayaan peribadi di dunia.

Pinjaman ini tidak bercagar. Oleh itu pemohon tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman peribadi AEON iCash.

Kelayakan

Jika Anda berminat dan mahukan mohon pinjaman AEON, berikut ialah senarai syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas.

Syarat untuk kakitangan awam

  • Status pekerjaan ialah tetap.

Syarat  untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Dokumen

Apa sahaja dokumen yang sedia ada? Berikut senarai dokumen yang mestilah Anda sediakan. Pastikan dokumen adalah lengkap dan seperti yang diminta untuk melancarkan urusan permohonan AEON iCash.

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank):

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  2. Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata bank 3 bulan terkini.
  4. Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar tunai):

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (tiada potongan EPF):

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata bank 6 bulan terkini.

Untuk kerja sendiri:

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  2. Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  3. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  4. Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

Cara Mohon Pinjaman

Anda dapat memohon pinjaman AEON iCash Personal Financing dengan melawati mana-mana cawangan AEON terdekat. Atau melalui online https://www.aeoncredit.com.my/personal-financing

Itulah senarai syarikat pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai, sekiranya Anda perlukan pinjaman wang segera, sila baca panduan cara dapatkan pinjaman wang segera 24 jam online.